>
Surau yang ada di hospital ini, terasa sejuk,
seakan memujuk hamba-Nya bertelingkuh penuh syahdu
diteman suara cengkerik yang berlagu.
Lagu itu benar mendayu, tapi di hujung rangkap berbunyi sedikit hampa.
Mungkin mereka tertanya-tanya,
ke manakah makhluk Tuhan yang paling bijaksana ini melata.
Habis salamku yang kedua,
terlihat sosok budak lingkungan 7-8 tahun di ceruk sana
begitu ligat bermain jarinya sambil mulut terkumat-kamit.
Tatkala dia mengangkat lengannya, aku perlahan mengesot ke belakangnya,
siapa tahu ada doa yang bisa di amin bersama.
Suara anak ini tidaklah boleh didengar sesiapa
jika tidak dibantu sepinya semesta. Namun, mulus kandungan doanya itu,
dalam diam berjaya merebahkan kelakianku untuk berbasah pipi.
Dalam getar, dia meminta;
Ya Allah, Kau berikan rezki pada doktor tadi.
Dia dah banyak tolong ubatkan Ibu.
Boboi tak ada duit nak bagi kat dia,
nasib baik ada uncle yang sedekah tadi.
Err.. tolong bagi rezki jugak kat uncle tu, Ya Allah.
Ya Allah, kalau Kau ambil Ibu, Boboi tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni.
Boboi tahu Kau paling berkuasa, sebab tu Boboi tak kisah,
asalkan Kau masukkan Ibu kat syurga.
Takpe, nanti Boboi belajar betul-betul, nak banyak duit,
pastu Boboi tolong balik kat semua orang yang susah macam Boboi ni.
Ya Allah, tolong sangat-sangat.. baikkan Ibu..
atau biar Ibu masuk syurga..
Tiada sedar, Bila tangan ini menyapu pipi yg basah, kutoleh ke kanan.
Di sebelahku ada seorang berambut sedikit putih bersama pakaian putih,
juga tersemat tanda nama, turut serta bermandi airmata,
mengaminkan doa anak ini yang disulam sendu.
Boboi, andai boleh kita panjangkan doamu itu,
mari pintakan Allah agar membuka hati insan yang seusiaku,
atau lebih tua, untuk terus melutut rayukan sesuatu pada Tuhan kita.
Biar apa pun bahasanya, mudah-mudahan mereka tidak beralasan apa-apa,
seperti tak mahir bertutur Arab, atau tak tahu berbahasa Melayu Tinggi,
tak cukup masa, atau apa saja.
Asalkan pujukan yang dianyam pujian pada-Nya itu masih sudi berlaku.
Amin.
<
:-)
..chinta yang ku-terima daripada-mu akan ku-bawa sa-panjang kelahiran-ku..
13.8.09
14.7.09
info untuk anak aku
>

Pada tahun 1932, buat kali pertama waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah buat kali pertama dari jam 11.40 minit malam kepada jam 12.00 malam. Perubahan waktu ini menjadikan waktu Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal dari Waktu Greenwich. Namun pada 1 September 1941, sekali lagi waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah dengan dipercepatkan 10 minit bagi menyelaraskan waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Sewaktu pemerintahan Jepun, waktu Tanah Melayu ditukar lagi mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal. Waktu tersebut digunakan hingga tamatnya pemerintahan tentera Jepun pada tahun 1945. Waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehingga 31 Disember 1981 apabila kerajaan Malaysia dengan rasminya telah mempercepatkan waktu Malaysia sebanyak 30 minit. Langkah itu diambil untuk menyeragamkan waktu di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Berikutan perubahan itu, waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan waktu Malaysia kepada 8 jam awal dari waktu Greenwich. Sesungguhnya peristiwa perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia

15.6.09
imagi-nasi
>
ALBERT Einstein pernah berkata,
'Isyarat sebenar yang menimbulkan sifat kecerdikan
bukan bergantung kepada pengetahuan,
tetapi .... imaginasi'.
<
ALBERT Einstein pernah berkata,
'Isyarat sebenar yang menimbulkan sifat kecerdikan
bukan bergantung kepada pengetahuan,
tetapi .... imaginasi'.
<
7.6.09
10.5.09
nyanyian rindu untuk ibu
>
Tubuhmu yang terbungkuk tersandar lemah
di kursi kayu tua
jemari kurus terkulai menggengam pena
engkau goreskan sajak
sisa rambutmu perak tinggal segengam
terbaca pahit kerasnya perjalanan
nampaknya ingin kau tumpahkan seluruhnya
di dalam puisi
Dari alis matamu terbentuk garis
guratan kokoh jiwa
angin yang deras menghempas tak kau hiraukan
batinmu kuat bertahan
meskipun raga semakin rapuh
tak pernah risau selalu tersimpul senyum
sepantasnya lah kujadikan suri teladan
potret perjuangan
Oh-oh, ibu, ada yang ingin kutanyakan padamu
hasil panen nan kemarau ini
sesubur panen yang kita petik bersama
Oh-oh, ibu, apa kabar sawah kita sepetak
masih bisakah kita tanami
atau terendam ditelan zaman
Setelah cucumu lahir aku lebih faham
betapa beratnya, membesarkan
dan setia melindungi semua anak-anakmu
kita yang selalu hidup sederhana
kau sanggup mengasuh hingga kami dewasa
dengarkankah nyanyian yang aku peruntukkan
buatmu ibu....
ebiet g ade
-untuk ibu , sempena hari ibu..

|
ebiet g ade
-untuk ibu , sempena hari ibu..
<
6.5.09
degupan
8.4.09
7.3.09
kenangan
>
jangan kau memandang ringan pada kenangan,
biarlah ia tinggal di situ kekal sebagai kenang-kenangan.
Kenangan yang di bawa ke hadapan akan cuba mencari ruang untuk ia kembali menumpang.
Ketika itu, kau akan kalah.
'dan kau sebenarnya tidak pernah menang'

10.2.09
cecilia
>
sambil memetik-metik jari
beriring berbaring
di atas hamparan, dibawah pohon
...malas aku nak ceritakan
tentang keharuman tubuh mu itu
<
sambil memetik-metik jari
beriring berbaring
di atas hamparan, dibawah pohon
...malas aku nak ceritakan
tentang keharuman tubuh mu itu
<
7.1.09
tetangga-ku yang jelita
>
Perasaan-ku terhadap janda muda yang tinggal di-sabelah rumah-ku
ada-lah perasaan penghormatan,
sa-tidak2-nya, itu-lah yang ku-katakan kapada kawan2-ku dan kapada diri-ku sendiri.
Sedang-kan teman-ku yang rapat sa-kali pun, Jiban, tidak mengetahui rahsia
hati-ku yang sa-benar-nya.
Dan aku merasa bangga sebab dapat menjaga kemurnian dendam berahi-ku dengan
chara menyembunyikan-nya jauh di-dalam lubok hati-ku.
Pujaan hati-ku adalah sa-bagai bunga kemboja yang di-basahi embun pagi,
gugur ka-bumi belum masa-nya.
Terlampau suchi berseri untok di-tempatkan di-ranjang pelamin
yang penoh bunga2an; dia telah di-persembah-kan untok shurga.
Tetapi asmara ada-lah sa-bagai anak sungai pergunongan,
dia tidak dapat di-tahan di-tempat kelahiran-nya; dan mesti menchari jalan keluar.
Itu-lah sebab-nya aku menchari jalan melahirkan keghairahan-ku dalam sha'er2;
tetapi mata pena-ku yang degil tidak hendak menyentoh kesuchian puteri pujaan hati ku......
(ini adalah contoh karangan pada tahun 1961, mengunakan ejaan lama dan bahasa yang
menarik... ini adalah karangan seorang penulis Bengali dari india yang telah dialih bahasa)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Pengikut2
Arked
Tentang dia..
- otai
- Ghana
- ku-tunggu sampai kalahiran-ku yang sa-kali lagi, pada waktu itu akan ku-tunjokkan apa-kah kebolehan sa-orang laki2