..chinta yang ku-terima daripada-mu akan ku-bawa sa-panjang kelahiran-ku..

14.7.09

info untuk anak aku

>

Pada tahun 1932, buat kali pertama waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah buat kali pertama dari jam 11.40 minit malam kepada jam 12.00 malam. Perubahan waktu ini menjadikan waktu Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal dari Waktu Greenwich. Namun pada 1 September 1941, sekali lagi waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah dengan dipercepatkan 10 minit bagi menyelaraskan waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Sewaktu pemerintahan Jepun, waktu Tanah Melayu ditukar lagi mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal. Waktu tersebut digunakan hingga tamatnya pemerintahan tentera Jepun pada tahun 1945. Waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehingga 31 Disember 1981 apabila kerajaan Malaysia dengan rasminya telah mempercepatkan waktu Malaysia sebanyak 30 minit. Langkah itu diambil untuk menyeragamkan waktu di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Berikutan perubahan itu, waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan waktu Malaysia kepada 8 jam awal dari waktu Greenwich. Sesungguhnya peristiwa perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia
<

No comments:

Pengikut2

Arked

Tentang dia..

My photo
Ghana
ku-tunggu sampai kalahiran-ku yang sa-kali lagi, pada waktu itu akan ku-tunjokkan apa-kah kebolehan sa-orang laki2